Nama Kelas Group

MUNAIZI AZMI BIN MUSA D20102044667 EL-B28

29 Januari 2012

Rumah Pasir

Tahukah anda dengan membina rumah yang berasaskan pasir anda dapat menyumbang kepada penjagaan alam sekitar. Kos membuat sebuah rumah dengan menggunakan beg pasir adalah rendah kerana ia menggunakan sumber alam disamping tidak mencemarkan alam sekitar. Berikut adalah beberapa gambar yang menunjukkan proses pembinaan rumah menggunakan beg pasir. 

Rumah Pasir

22 Januari 2012

Amalan 3R Di Rumah

Dengan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle), kita dapat mengelakkan sumber tenaga yang tidak boleh diguna semula daripada habis dengan cepat.

Sebagai contoh, penggunaan petroleum digunakan dalam pembuatan pelarut, baja, racun perosak, sabun, detergen, pewangi, plastik,  bijih aluminium, bahan letupan, pakaian dan lain-lain. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber yang tidak boleh diguna semula ini pada masa hadapan disamping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan mengamalkan langkah-langkah berikut di rumah:

Reduce – Pengurangan
Kurangkan Penggunaan Beg Plastik
1. Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
2. Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
3. Beli pencuci serbaguna.
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.

15 Januari 2012

Action Figures

Anda menyukai patung-patung aksi? Tahukah anda dengan menggunakan bahan-bahan terbuang anda boleh menghasilkan patung-patung aksi anda sendiri... Cuba anda perhatikan patung aksi ini kemudian teka bahan apa yang digunakan oleh artis ini...

09 Januari 2012

Pencairan Glasier

Video-video di bawah ini akan memaparkan bagaimana glasier-glasier di Greenland berhampiran Kutub Utara mengalami pencairan akibat pemanasan global yang berlaku...

Selain itu dipaparkan juga aktiviti kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis yang mengkaji kadar pencairan glasier-glasier ini... 

08 Januari 2012

Pictorgrams Superhero Dari Cebisan Kertas

Pictorgrams atau pictograph merupakan simbol yang mewakili sesuatu objek atau konsep contohnya simbol tandas, telefon, sampul surat, jalan licin dan pelbagai lagi. Pada paparan ini ditunjukkan beberapa contoh Pictorgrams Superhero atau Adiwira yang dihasilkan dari cebisan-cebisan kertas. Ia diharap dapat menarik minat anda untuk menghasilkannya...
 Aquaman

03 Januari 2012

Taman Permainanku

Berikut merupakan gambar-gambar kanak-kanak di kawasan timbunan sampah.. Adakah kita tergamak melihat anak-anak kecil kita pada masa akan datang membesar seperti mereka?


Menikmati senja bersama rakan-rakan

30 Disember 2011

Sudu Plastik

Adakah anda sering mengunjungi atau mengadakan rumah terbuka? Selepas majlis pastinya anda selalu melihat banyak sudu plastik seperti gambar di bawah ini..
 Tahukah anda, sudu plastik ini boleh dibuat lampu perhiasan menarik dengan mengikuti langkah-langkah berikut..

20 Disember 2011

Tempat Membuang Sampah Masyarakat Malaysia

Gambar-gambar berikut merupakan tempat rakyat Malaysia membuang sampah. Kelakuan mereka ini seakan-akan tidak mempunyai pendidikan langsung mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan bagaimana cara membuang sampah dengan betul...

 Sampah yang dibuang ke dalam parit

18 Disember 2011

16 Disember 2011

Seni Plastik 1

Apakah yang anda boleh lakukan dengan barang maianan kecil yang tidak diperlukan lagi. Kadang kala ia bersepah dan menggangu pergerakan seharian anda di rumah. Jika dibuang sayang maka inilah antara jalan penyelesaian yang boleh dicadangkan.. Layan..

Senapang mainan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...