Nama Kelas Group

MUNAIZI AZMI BIN MUSA D20102044667 EL-B28

20 Disember 2011

Tempat Membuang Sampah Masyarakat Malaysia

Gambar-gambar berikut merupakan tempat rakyat Malaysia membuang sampah. Kelakuan mereka ini seakan-akan tidak mempunyai pendidikan langsung mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan bagaimana cara membuang sampah dengan betul...

 Sampah yang dibuang ke dalam parit
 Sampah yang dibuang di dalam lif 
 Sampah yang dibuang ke dalam longkang
Sampah yang ditinggalkan di tempat rekeasi
Sampah yang dibuang di tepi sungai
 Sampah yang ditinggalkan di celah batu
 Sampah yang ditinggalkan di kerusi awam
 Sampah yang dibuang di atas bumbung
 Sampah yang dibuang di kawasan kediaman
 Sampah yang ditinggalkan bertaburan selepas karnival
 Sampah yang dibuang pada pokok perhiasan
 Sampah yang ditinggalkan di meja taman rekeasi
Sampah yang dibuang di tong sampah

Jika anda menghasilkan sampah buanglah di tempat yang sewajarnya. Sekiranya tempat yang ingin anda membuang sampah tiada tong sampah atau penuh bawalah ia sehingga anda berjumpa dengan tempat membuang sampah yang sesuai atau bawalah ia pulang itu lebih baik.

Kita sering mengikut tabiat atau kelakuan pengotor ini. Sekiranya kita sering mengamalkan sikap ini ia sebenarnya akan menjadi satu budaya turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain. Maka kita perlulah mengikis sikap tidak bertamadun ini dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Teringat saya kepada program "Aduan Rakyat TV3" dimana penduduk menunding jari kepada pihak Majlis Perbandaran kerana tidak menjalankan tugas membersihkan longkang tersumbat di kawasan perumahan mereka yang mendatangkan penyakit Denggi. Jika difikirkan kembali, salah siapa yang menyebabkan longkang tersumbat? Bukankah sampah-sampah itu hasil dari bahan buangan penduduk sekitar perumahan itu sendiri yang membuang sampah merata tempat. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, maka kita haruslah menguruskan sampah dengan cara yang betul..

Bersamalah menjaga alam sekitar... Anda mampu mengubahnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...