Nama Kelas Group

MUNAIZI AZMI BIN MUSA D20102044667 EL-B28

12 Disember 2011

Plastik Membawa Kesan Kepada Manusia

Plastik secara langsung memberi kesan kepada hidupan di air, ia juga secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan manusia. Ikan-ikan kecil (latternfish) yang tidak dimakan oleh manusia merupakan sumber utama makanan untuk ikan-ikan yang lebih besar seperti tuna dan sotong. Kita tidak memakan perut ikan tetapi kita perlu bimbang tentang toksin yang dipindahkan melalui badan ikan. Secara tidak langsung kita sebenarnya memakan sisa toksik yang kita hasilkan. Kita semua tahu toksin mewujudkan pelbagai masalah kesihatan kepada manusia seperti kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan sistem imunisasi dan masalah pembesaran kanak-kanak.

Apa yang boleh kita lakukan?
Sentiasa beringat apabila membuang sisa sampah, terutama bahan dari plastik seperti beg plastik, botol dan bekas. Tiap-tiap sumber air begerak akhirnya akan sampai ke lautan. Ramai dari anda tahu tentang risiko mekuri dalam ikan, tetapi tidak tahu bahawa toksin daripada plastik adalah sama bahayanya. Jika kita mensyukuri nikmat yang diberikan dan menghargai sumber air di sungai dan lautan. Maka kita perlu mengambil berat tentang isu ini. 

Dipetik dari: sea.thos FOUNDATION

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...