Hanya sedikit sahaja yang boleh kita peroleh secara percuma dalam kehidupan ini, seperti udara yang kita hirup. Namun, ini tidak lagi bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di negara-negara yang menandatangani Protokol Kyoto.
Sebagai peserta,
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil.
1. Servis kenderaan anda secara konsisten. Amalan ini menjadikan kenderaan anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu, menjimatkan wang anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara.
2. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta. Ini bukan sahaja menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta, malah ia lebih cepat.
3. Untuk perjalanan yang dekat, berjalan atau menunggang basikal kerana senaman yang dilakukan amat berfaedah.
4. Beli kereta yang lebih ekonomi. Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda dapat menjimatkan wang untuk bahan api.
5. Jangan gunakan penyembur aerosol. Penyembur pam menghalang pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.
6. Elakkan pembakaran secara terbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan