Dengan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle), kita dapat mengelakkan sumber tenaga yang tidak boleh diguna semula daripada habis dengan cepat.
Sebagai contoh, penggunaan petroleum digunakan dalam pembuatan pelarut, baja, racun perosak, sabun, detergen, pewangi, plastik, bijih aluminium, bahan letupan, pakaian dan lain-lain. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber yang tidak boleh diguna semula ini pada masa hadapan disamping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan mengamalkan langkah-langkah berikut di rumah:
Reduce – Pengurangan
|
Kurangkan Penggunaan Beg Plastik |
1. Hanya beli apa yang diperlukan: Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
2. Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
3. Beli pencuci serbaguna.
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.